Showing posts with label Laporan Program dan Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Laporan Program dan Aktiviti. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

Kursus Modern Endodontic And Rubber Dam Isolation


Rawatan endodontik atau juga lebih dikenali sebagai rawatan akar adalah rawatan bagi merawat gigi yang telah rosak teruk samaada jangkitan pada tisu pulpa atau gigi yang telah mati. Ini membolehkan gigi tersebut tidak perlu dicabut dan terus kekal berfungsi di dalam mulut. Menyedari kepentingan rawatan endodontik yang kini semakin menjadi pilihan pesakit, Unit Kepakaran Pergigian Restoratif Negeri Perlis telah menganjurkan satu kursus 'Modern Endodontic And Rubber Dam Isolation Technique' untuk pegawai pergigian Negeri Perlis bagi tahun 2015.

Kursus seumpama ini yang pertama kali dianjurkan di Perlis bertempat di Bilik Serbaguna, Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis pada 20-21 Mei 2015. Kusus ini dihadiri seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pegawai pergigian dari setiap klinik pergigian di Negeri Perlis. Dr Isma Liza Ali, Pakar Pergigian Restoratif merupakan penyelaras dan juga penceramah bagi kursus tersebut. Beliau turut dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu Dr Intan Shahriza Zainuddin dan Dr Siti Nurhani Abdul Halim yang merupakan pegawai pergigian yang bertanggungjawab bagi Klinik Endodontik Pergigian Primer Kawasan Kangar dan Arau.

Objektif am kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam rawatan endodontik. Manakala objektif khusus kursus adalah :
1. Untuk meningkatkan kemahiran pegawai pergigian dalam penggunaan Hand Protaper.
2. Untuk menigkatkan kemahiran pemasangan rubber dam.
3. Untuk membentuk budaya pergigian yang berpengetahuan dan terlatih secara holistik.

Kursus selama 2 hari ini merangkumi beberapa slot ceramah dan juga sesi 'Hands-on'. Peserta-peserta diberi penerangan yang terperinci berkenaan dengan rawatan endodontik dan turut diberi peluang untuk memasang sendiri rubber dam dan menggunakan Protaper pada gigi molar yang disediakan. Sepanjang kursus berlangsung, masalah-masalah yang selalu dihadapi ketika rawatan endodontik dapat diutarakan terus kepada Pakar Restoratif. Slot ceramah oleh wakil syarikat juga mendedahkan kepada para pegawai akan beberapa teknologi rawatan pergigian yang terkini di pasaran.









Kursus ini banyak membantu pegawai pergigian untuk memberikan rawatan endodontik yang terbaik kepada pesakit. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Unit Kepakaran Pergigian Restoratif atas penganjuran kursus yang sangat bermanfaat kepada semua. Diharapkan kursus sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan semoga semua peserta akan mempraktikkan apa yang telah diperolehi sepanjang kursus ini.

Saturday, April 11, 2015

Tahniah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perlis 2014

Pepatah Arab ada menyebut

"Man Jadda Wajada" - Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya
Saya teringat satu kisah klasik yang sering diceritakan ketika kecil dahulu iaitu perlumbaan di antara Kura-Kura dan Arnab. Walaupun logik fitrahnya arnab akan memenangi perlumbaan itu, tetapi hakikatnya kemenangan di pihak kura-kura di atas usaha gigih tanpa jemu dan lelah. Ini bertepatan dengan pepatah arab di atas iaitu sesiapa yang berusaha dengan gigih tanpa jemu pasti kemanisan akan dicapai pada suatu masa nanti.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perlis 2014 terutamanya dari Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis.


Dr. Maizura Binti Abd. Rahman, Dr. Shanthi A/P Muniandy, Dr. Arzreanne Binti Abdul Rahim, Zaidah Binti Juli, Lau Moi Lan, Yuzana Binti Yussoff, Rohgayah Binti Tasu, Soo Cheng Yong, Noor Hafizah Binti Hashim, Suzana Binti Md. Suaain, Manirah Binti Hashim, Dahlia Binti Ani, Norazurin Binti Taharin, Zaimah Binti Mohamad, Che Badrul Sham Bin Che Idris, Shartini Binti Mat Suboh, Abdul Muhaimin Bin Mohammad, Siti Nur Syakiroh Binti Zainal Abidin, Norhayati Binti Mohd Abu, Mohd Sabri Bin Saad, Salmieh Binti Salleh, Sukri Bin Ismail, Badrul Hisham Bin Che Amla dan Saiful Zamani Bin Hashim


Majlis yang berlangsung pada 2 April 2014 di Mes Pegawai PDRM baru-baru ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Farida Mohd ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Sudah pasti para penerima anugerah berbesar hati kerana menerima sendiri sijil anugerah perkhidmatan cemerlang daripada Datuk Farida sendiri.

Teruskan usaha gigih anda semua, jadikan anugerah ini sebagai batu loncatan untuk terus maju pada masa hadapan. ingatlah pepatah arab ini

Man Jadda Wajada

Selayang pandang sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perlis 2014