Kemalangan mungkin terjadi kepada
kanak-kanak sama ada semasa bermain atau semasa kegiatan sukan yang
boleh menyebabkan kecederaan pada muka, mulut mahupun gigi. Namun
begitu, tahukah anda apa yang perlu anda lakukan sekiranya kemalangan
itu terjadi kepada anak anda yang menyebabkan gigi kekal hadapan teravulsi? Gigi teravulsi ialah gigi yang terkeluar dari soket (lubang tulang tempat gigi tertanam).
Gigi yang teravulsi ini masih boleh diselamatkan dengan meletakkan gigi tersebut semula ke dalam soketnya. Cara ini di panggil reimplantation atau implantasi semula.
Sekiranya gigi susu yang teravulsi, anda
tidak perlu lakukan implantasi semula. Berikut adalah langkah-langkah
yang anda perlu lakukan pada gigi yang teravulsi:
PERINGATAN:
- Jangan memegang gigi pada bahagian akar gigi
- Jangan memberus permukaan gigi dan akarnya
- Jangan membalut gigi dengan kertas tisu atau sapu tangan
- Jangan bawa gigi dalam keadaan kering, dibalut kain atau tisu
- Jangan bawa gigi dalam air paip
- Pastikan gigi sentiasa dalam keadaan lembap
Langkah-langkah awal perlu dilakukan
bagi mencegah kecederaan pada bahagian mulut bagi mengelakkan kehilangan
gigi sekiranya gigi tercedera. Antaranya ialah memakai alat pelindung
gigi semasa melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti bersukan. Namun
begitu, sebagai ibubapa dan penjaga, kita juga perlu menyiapkan diri
dengan ilmu pengetahuan agar dapat menghadapi dan mengambil tindakan
yang sepatutnya sekiranya terdapat masalah yang tidak diundang seperti
masalah gigi teravulsi ini.
Dr. Marini adalah seorang pegawai pergigian yang berkhidmat di Selangor.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment