Wednesday, February 22, 2017

Perkhidmatan Pakar Oral dan Maxillofasial

KETUA JABATAN

Dr. Muhammad Ridwan bin Yeop Ismail
Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial UG54 dan Ketua
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial

Hospital Tuanku Fauziah, Perlis



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam blog ini. Tahniah saya ucapkan di  atas daya usaha yang dilakukan dalam mewujudkan blog ini sebagai medium alternatif untuk menyampaikan maklumat seiring dengan perkembangan teknologi penyampaian informasi pada masa ini.

Harapan saya supaya blog ini dapat menjadi platform untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai masalah pergigian yang kerap dirujuk dan dirawat di Jabatan ini. Informasi terkini dalam bidang Kepakaran Bedah Mulut diharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat awam untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mulut. 

Akhir kalam, saya berharap agar blog ini akan terus menjadi medium komunikasi yang berkesan dalam usaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan masalah pergigian khususnya dalam bidang Bedah Mulut dan Maksilofasial kepada semua warga pergigian dan masyarakat awam.

Sekian Terima Kasih


PENGENALAN JABATAN     

Klinik Pakar Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Hospital Tuanku Fauziah adalah sebuah Klinik Pakar Pergigian yang menyediakan rawatan perubatan dan pembedahan kepada pesakit yang mengalami masalah pergigian dan penyakit yang melibatkan tisu lembut dan tisu  keras di sekitar mulut dan muka.  

VISI JABATAN

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI  JABATAN

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i)             untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
·         mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
·         menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
·         mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii)            untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
·         mengutamakan pelanggan
·         saksama
·         tidak membebankan
·         cekap
·         wajar mengikut teknologi
·         boleh disesuaikan mengikut persekitaran
·         inovatif

iii)           dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan:
·         sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
·         sifat menghormati maruah insan
·         penglibatan masyarakat


PIAGAM PELANGGAN

·         Masa menunggu mendapatkan rawatan selepas pendaftaran dilakukan sehingga berjumpa doktor adalah 90 minit.

·         Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penyakit anda serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit anda.

·         Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

·         Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

·         Setiap aduan dan cadangan bertulis anda akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.

·         Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan atau keadaan pesakit.  Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

OBJEKTIF AM
Memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian secara komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua pesakit yang dirujuk serta memastikan kesihatan mulut kekal sihat.

OBJEKTIF JABATAN
Menyediakan perkhidmatan Kepakaran Pergigian Bedah Mulut dan Maksilofasial yang berteraskan budaya kerja berpasukan,penyayang dan professional kepada penduduk di Negeri Perlis dan sekitarnya agar mereka dapat menikmati tahap kesihatan mulut yang
baik dan mempunyai kesedaran untuk mempertahankannya sepanjang hayat.


1.3.  SKOP PERKHIDMATAN

1.3.1.  Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang terdiri daripada pesakit    
           dalam hospital, kes-kes kecemasan dan kes-kes rujukan dari pegawai pergigian,
           pegawai perubatan dan pakar perubatan kerajaan termasuklah dari pihak swasta.

1.3.2.  Jenis-jenis rawatan/perkhidmatan yang diberikan ialah:
i.           Rawatan kecederaan tisu oral dan maksilofasial
ii.          Rawatan pembedahan kepatahan tulang rahang
iii.         Rawatan pembedahan kecacatan tulang muka dan rahang
iv.         Rawatan perubatan mulut dan patologi mulut
v.          Rawatan rehabilitasi dengan penggunaan implant maksilofasial dan prostesis
vi.         Rawatan pergigian  untuk pesakit bermasalah perubatan dan pesakit
             berkeperluan khas

1.3.3.  Pengambilan x-ray pergigian (Intra Oral X-Ray)

1.3.4    Klinik Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial menyediakan perkhidmatan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

HARI DAN MASA RAWATAN

MASA

HARI
8.00PG
HINGGA
1.00PTG
2.00PTG
HINGGA
5.00PTG
ISNIN
KES RUJUKAN
& TEMUJANJI

KES RUJUKAN
& TEMUJANJI
SELASA
KES RUJUKAN
& TEMUJANJI

KES RUJUKAN
& TEMUJANJI
RABU
KES RUJUKAN
& TEMUJANJI
KES RUJUKAN
& TEMUJANJI
KHAMIS
KES RUJUKAN
& TEMUJANJI
KES RUJUKAN
& TEMUJANJI
JUMAAT
8.00 PG
HINGGA
12.15TGH

2.45PTG
HINGGA
5.00PTG
PEMBEDAHAN DI BILIK BEDAH
&
KES RUJUKAN DAN TEMUJANJI

PEMBEDAHAN DI BILIK BEDAH
&
KES RUJUKAN DAN TEMUJANJI

2 comments:

  1. Hi everyone. I saw comments from people who already got their loan from ANGGA DIMAN and then I decided to apply under their recommendations and just few hours ago I confirmed in my own personal bank account a total amount of $30,000 which I requested for. This is really a great news and I am advising everyone who needs real loan to apply through their email (anggadiman1@gmail.com) I am happy now that i have gotten the loan I requested

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sy menghadapi sakit pada rahang sebelah kanan sudah hampir sebulan di mana susah utk mebuka mulut ketika makan bengitu juga ketika menguap.

    ReplyDelete