Thursday, January 12, 2017

Perkhidmatan Pakar Periodontik

PENGENALAN
Perkhidmatan kepakaran periodontik adalah bidang kepakaran pergigian yang  merawat masalah struktur penyokong gigi. Unit Pakar Periodontik Kangar ini bertempat di Klinik Pergigian Kangar dan beroperasi mulai Disember 2013. Ianya merupakan suatu pusat rujukan bagi kes-kes periodontik  yang dirujuk dari klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta  dari seluruh negeri Perlis dan juga dari negeri-negeri lain.

  



OBJEKTIF PERKHIDMATAN KEPAKARAN PERIODONTIK

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian, terutamanya kesihatan periodontium (tisu penyokong kegigian) rakyat Malaysia, seterusnya kesihatan mulut yang menyeluruh melalui perkhidmatan pergigian penggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemulihan; supaya seseorang individu itu dapat mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

FUNGSI

1. Untuk memberi perkhidmatan pergigian periodontik yang komprehensif dan menyeluruh kepada pesakit yang dirujuk dari klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta.
2. Unit ini memberi tumpuan khas kepada pesakit yang mengalami masalah gusi (periodontium), dan pesakit yang mempunyai masalah pergigian lain yang rumit untuk rawatan lanjutan.

PENYAKIT PERIODONTIUM

Kajian menunjukkan 94% orang dewasa di malaysia mempunyai penyakit gusi dan 90% orang dewasa memerlukkan nasihat penjagaan kebersihan mulut dan rawatan pembersihan gigi ( National Oral Health Study 2010 di Malaysia). Apabila plak tidak dibersihkan semasa memberus gigi, ini memudahkan pembentukkan karang gigi yang menyebabkan gusi resesi (pendedahan akar gigi) dan pembentukkan poket periodontal. 

I.   TANDA TANDA PENYAKIT PERIODONTIUMI.  PENYAKIT GUSI (GINGIVITIS)

  Ø  Gusi sakit atau tidak selesa 
  Ø  Gusi merah mudah berdarah apabila memberus atau floss
  Ø  Gusi bengkak
  Ø  Mulut berbau 
Penyebab utama: Plak/tar tar gigi 

II.  PERIODONTITIS 
 Apabila plak tidak dibersihkan semasa memberus gigi, ini memudahkan pembentukkan karang gigi yang menyebabkan gusi resesi (pendedahan akar gigi) dan pembentukkan poket periodontal. 

Pembentukan poket periodontal
  Ø  mulut berbau

Ø  bengkak gusi 

Ø  gusi senang berdarah
  Ø gigi goyang
  Ø  gusi bernanah
  Ø  resesi (recession)
  Ø  ruang diantara gigi (spacing)
  Ø  perubahan pada posisi gigi  

Gusi bengkak,
 










SKOP PERKHIDMATAN

      1.      Memberikan Terapi awal Periodontal seperti:

·         kaunseling dan motivasi
·         kawalan plak dan penjagaan kesihatan mulut (OHI)
·         demonstrasi cara memberus gigi dengan betul,
penggunaan berus interdental, penggunaan tali floss
            ·         penskaleran supragingiva 

     2.      Memberikan Terapi Non-surgikal seperti:

 ·         Pengetaman permukaan akar gigi (sub gingival debridement)



























·         Splints untuk gigi yang longgar
·         Terapi oklusal (occlusal adjustments)






































3. Memberikan Terapi Surgikal periodontium
 Open debridement and open surgery













·         Incision and drainage of abscess














·         Furcation management  














·         Frenektomi / frenotomi
















 ·         Peninggian korona (crown lengthening)

























·         Gingivectomy / gingivoplasty


















·         Periodontal plastic surgerY
·         Guided tissue regeneration (GTR)
·         Guided bony regeneration (GTR)
·         Hard tissue replacement (HTR)
·         Elektrosurgeri dan laser surgeri
·         Implant pergigian














    4  .     Memberikan Terapi Pengekalan
·         Memberi temujanji kepada pesakit yang telah sembuh dalam jangkamasa yang tertentu mengikut tahap kesihatan mulut
·         Memantau kesihatan periodontium
·         Member motivasi dan nasihat penjagaan mulut secara berterusan
·         Memberikan rawatan terapi asas apabila perlu         

         

CAJ PESAKIT LUAR Di KLINIK PAKAR

Caj di klinik pergigian kerajaan adalah mengikut ;
1.      Akta Fee 1951 - Arahan Fee (Perubatan)1982.
Semua warganegara yang berumur 60 tahun dan ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di klinik pakar pergigian.

Jenis rujukan


Caj bagi satu lawatan

Rujukan dari Pegawai Perubatan Klinik/Hospital Kerajaan
Lawatan pertama - Percuma

Lawatan susulan – RM 5 setiap kali lawatan
(Termasuk semua penyiasatan)

Rujukan dari Pegawai Perubatan Klinik/Hospital Swasta
Lawatan pertama – RM 30

Lawatan susulan – RM 5 setiap kali lawatan
(Tidak termasuk penyiasatan – harga siasatan adalah mengikut harga kelas 1)
Rawatan susulan untuk pesakit yang telah discaj dari wad
RM 5 untuk setiap lawatan
(Termasuk semua penyiasatan)

Warga asing (rujukan kerajaan/swasta)

Lawatan pertama – RM 60

Lawatan susulan – RM 60 setiap kali lawatan
(Tidak termasuk penyiasatan – harga siasatan adalah mengikut harga kelas 1)


LAIN LAIN MAKLUMAT
Cara mendapatkan rawatan :
·         Surat rujukan: Diperlukan tidak kira dari pengamal kerajaan mahupun swasta.

LAIN LAIN PERKHIDMATAN
·         Rawatan konservatif
·         Rawatan prosthodontik
·         Rawatan endodontik