Tuesday, August 19, 2014

Kursus RekaGrafik

18-19 Ogos 2014, satu kursus telah dianjurkan oleh unit media sosial, promosi Kesihatan Pergigian Negeri Perlis. kursus yang bertempat di Klinik Simpang Empat, Perlis ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan kemahiran asas menyunting imej dan gambar menggunakan 'adobe photoshop'.

Kursus ini yang disasarkan kepada AJK unit media sosial, unit promosi kesihatan pergigian dan buletin ini juga bertujuan untuk menyediakan kemahiran kepada para peserta supaya mampu menghasilkan bahan-bahan promosi kesihatan yang lebih berkualiti seterusnya mencapai sasaran memberi pendidikan kesihatan pergigian melalui pelbagai saluran media.
  




Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta seterusnya dapat merancakkan lagi promosi kesihatan pergigian khususnya di negeri Perlis ini. 

like dan share Page Rasmi Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis
 https://www.facebook.com/pergigianperlis?ref=hl