Tuesday, March 18, 2014

Jom Nikmati Makanan Kegemaran Kita.. =)

Pasti setiap daripada kita punya makanan kegemaran masing-masing.

ada orang yang suka makan asam pedas..

ada orang yang suka makan kek coklat..

ada orang yang suka makan mi kari..

ada orang suka makan nasi kerabu..

ada orang suka makan laksa

namun, semasa kita sedang menikmati makanan kegemaran kita itu.. nyum.. nyum..

tiba-tiba!!

aduuh.. sakitnya gigi!!

pasti kita sedih dan kecewa kan.. =(

jom jaga kesihatan pergigian kita supaya kita sentiasa dapat menikmati makanan kegemaran kita.. =)

tak banyak pun, hanya 4 langkah mudah untuk menjaga kesihatan pergigian kita.

1) Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik
2) Makan secara sihat. Pilihlah makanan yanmg berkhasiat
3) Elakkan atau kurangkan minuman berkarbonat
4) Dapatkan pemeriksaan di klinik gigi berhampiran sekurang-kurangnya sekali setahun. 

MUDAH KAN.. Jom Amalkan.. ke arah Malaysia : Senyuman sihat sepanjang hayat. =)



gigi Perlis

Friday, March 14, 2014

#Pray for MH370

Mari kita sama-sama doakan keselamatan penumpang-penumpang pesawat MH370.

Kepada ahli keluarga yang terlibat, kuatkan semangat dan jangan sekali-kali berputus asa. 

gigi Perlis sentiasa bersama anda.



MAAF dan SENYUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Apa khabar kesihatan anda? diharapkan sentiasa sihat dan ceria dalam kehidupan.

Pertama sekali gigi Perlis ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana sudah lama laman blog ini tidak dikemaskini. Jika ingin berdalih, sudah pasti gigi Perlis boleh memberi seribu satu alasan kenapa laman ini tidak dikemaskini, namun gigi Perlis dengan ikhlas hati mengakui bahawa ianya adalah dari kelemahan gigi Perlis sendiri.

Walaubagaimanapun, jangan risau dan kecewa. InsyaAllah, gigi Perlis akan cuba untuk mengemaskini laman ini sekerap mungkin dengan informasi-informasi berkaitan kesihatan pergigian dan aktiviti-aktiviti Bahagian Kesihatan Pergigian, Negeri Perlis.

Teruskan bersama gigi Perlis.

SENYUM!